
Pengenalan Sijil Tahfiz Negeri Perak
Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) diwujudkan sebagai dokumen akademik untuk para Huffaz dan merupakan Syahadah Tahfiz yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Syarat Permohonan
Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas
Telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran
Mempunyai sijil atau surat pengesahan khatam menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan disahkan oleh institusi yang berdaftar
Format Peperiksaan STNP
Ujian Syafawi (70%)
30 soalan merangkumi setiap juzuk (1 juzuk 1 soalan)
Mengandungi soalan aras rendah, sederhana dan tinggi
Ujian Tahriri (30%)
Ujian penulisan mashaf Al-Quran mengikut kaedah Rasm Uthmani
Terjemahan Al-Quran
Tajwid
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 2 jam 30 minit
Aras Soalan Peperiksaan STNP
Soalan Aras Rendah : 50%
Soalan Aras Sederhana : 30%
Soalan Aras Tinggi : 20%
Tarikh Tutup Permohonan
Setiap Permohonan Hendaklah Sampai ke Bahagian Pendidikan JAIPk Selewat-lewatnya Pada: 31/8/2025
Hanya Permohonan yang Lengkap Sahaja Akan di Proses
Calon Ulangan
Calon yang pernah menduduki peperiksaan STNP tetapi tidak berjaya tidak dibenarkan untuk memohon semula
Calon yang telah berjaya dan mahu memperbaiki keputusan juga dibenarkan untuk memohon
Bagi calon yang telah berjaya dengan cemerlang (Mumtaz) juga dibenarkan untuk memohon semula dan akan dianugerahkan jika mendapat keputusan mumtaz sahaja.